Azwan Ali menerusi laporan Berita Harian mengesahkan beliau akan bertanding atas tiket calon Bebas kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.

Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA bakal berdepan abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini dilaporkan sedia mempertahankan kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Azwan Ali turut akan bertemu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari yang mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi parlimen tersebut.

Azwan, 56, berkata, beliau akan hadir ke Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, esok.

“Iya, anda akan menerima jawapannya, esok, iaitu pada hari penamaan calon. Saya akan berada di SMK Sungai Pusu. Jadi, orang ramai boleh ikut lintas langsung yang saya buat melalui TikTok dan Instagram (IG) untuk mendapatkan jawapan,” katanya kepada BH Online.

Parlimen Gombak disandang Azmin, iaitu bekas Timbalan Presiden PKR yang meninggalkan PKR pada Februari 2020 bersama sembilan lagi Ahli Parlimen PKR, sekali gus menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) jatuh.

Azwan berkata, keputusan untuk bertanding pada PRU15 dibuat berikutan sokongan tanpa henti daripada banyak pihak.

“Kali pertama saya bertanding adalah untuk kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada PRU14. Ketika itu, saya hanya terima 90 undi. Maknanya, saya kalah teruk dan sudah tentu kerusi itu dimenangi Azmin.

“Jadi, saya mahu ucapkan terima kasih kepada setiap sokongan yang saya terima. Saya hargai sokongan tanpa henti daripada orang ramai untuk saya menentang Azmin, terutamanya akhir-akhir ini,” tambahnya.

Pada PRU14, Azwan hilang wang pertaruhan apabila sekadar beroleh 90 undi manakala Azmin meraih majoriti 25,512 undi bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa.

Sumber