Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Menjelang beberapa hari sahaja lagi sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan, calon yang bakal bertanding mula berkongsikan latar belakang serta kelulusan akademik bagi memberi keyakinan kepada pengundi untuk memilih mereka sebagai wakil rakyat.

Artikel Berkaitan:

Paling mendapat perhatian sejak semalam adalah profil latar belakang calon Parlimen: P095 – Tanjong Karang, Lando Zawawi atau nama sebenar, Azlan Sani Za­­wawi.

Ketika ramai yang mengenali Lando menerusi drama terbitan SKOP Productions dan sebagai pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui Lando Zawawi mempunyai kelulusan pengajian akademik di University Of Tasmania, Australia.

Dari situ, netizen mula berkongsi kembali satu sesi temu bual Lando dalam bahasa Inggeris bersama The Star setahun lalu mula tular kembali. Dalam temu bual tersebut, Lando bercakap dalam Bahasa Inggeris yang baik ketika bercerita tentang siapa Brotherhood dan mengapa mereka terdetik untuk menampal lubang-lubang di atas jalan raya yang kerap dipandang enteng oleh pihak berwajib.

“Kami sebenarnya tidak perlu buat semua ini (tampal jalan). Kami boleh balik tidur tetapi kami perlu buat kerana ramai yang sudah meninggal dunia kerana potholes. Disebabkan itu kami di sini. Dan kami juga tidak mengharapkan apa-apa pulangan daripada kerja kami ini,” katanya dalam temu bual tersebut.

Netizen berkata dedikasinya dalam menjaga nyawa pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal dilihat antara sebab mengapa penduduk Tanjong karang perlu memberi peluang untuk Lando menjadi wakil rakyat mereka. Netizen menambah lagi Lando merupakan individu yang walk the talk, tidak sembang kosong dan buat sesuatu perkara hingga jadi.

Walaupun ada yang mahu menolak Lando kerana kelancangan mulut beliau yang sering mengungkapkan perkataan tidak sepatutnya, beliau mungkin boleh berubah selari dengan jawatan yang dipegangnya.

Parlimen Tanjong Karang dilabel antara kerusi ‘panas’ di Selangor dan menerusi laman myundi, Lando bakal berdepan persaingan daripada Habibah Mohd Yusoh (Barisan Nasional), Kapten (B) Dato’ Zulkafperi Bin Hanapi (Bersatu) dan Siti Rahayu Baharin (Pakatan Harapan).

P/S: Untuk menyemak senarai calon lain yang bakal bertanding di PRU15, boleh layari laman myundi.