Sebuah surat akujanji di antara calon ahli parlimen UMNO dan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini mula tular dan diperkatakan oleh pengguna maya.  Surat itu mengandungi perjanjian yang mewajibkan calon parti UMNO untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 mengangkat Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri jika parti itu berjaya memenangi PRU15 yang akan datang.

Surat yang mula berlegar di media sosial itu mengandungi nama Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, calon Parlimen Lenggong pada PRU15 yang diwajibkan untuk menyokong Ahmad Zahid sebagai calon PM. Beliau juga wajib menyokong dan mendesak kerajaan yang dibentuk untuk menggugurkan kes-kes mahkamah melibatkan kepimpinan UMNO dan BN.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu, surat yang mengandungi tandatangan Shamsul Anuar, Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan itu turut mendesak agar calon ahli parlimen UMNO juga perlu mendesak kerajaan untuk menggugurkan semua siasatan yang melibatkan kepimpinan Umno dan BN.

Apa kata pengguna maya?

Sejak surat itu tular, pelbagai pandangan telah dikeluarkan oleh rakyat Malaysia di media sosial. Sebahagian daripada netizen mendakwa bahawa surat itu benar kerana UMNO adalah parti yang penuh agenda. Manakala sebahagian lagi menyuarakan ketidakpastian kerana surat itu kelihatan seolah palsu.

Salah seorang pengguna Twitter, dengan nama Ati Ibrahim mendakwa bahawa surat itu kelihatan palsu kerana tandatangan Ahmad Zahid seolah-olah diambil daripada surat yang lain dan disunting ke dalam surat akujanji yang kini tular. Beliau juga percaya tandatangan Ahmad Maslan juga diambil daripada surat yang lain.

Wartawan South China Morning Post, Hadi Azmi turut mempersoal kesahihan surat akujanji tersebut.

Barisan Nasional nafi wujud surat akujanji

Terbaharu, melalui laporan The Edge, Shamsul Anuar yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) berkata surat akujanji yang didakwa ditandatangani oleh beliau untuk menyokong Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri adalah palsu. Beliau berkata di laman Facebook peribadinya bahawa tiada surat aku janji sedemikian telah dibuat diantara .

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata satu-satunya surat akujanji yang wujud ialah perjanjian yang mengandungi taat setia kepada parti yang bertujuan untuk memperkukuhkan UMNO dan menghalang sebarang kemungkinan calon BN yang menang daripada bertukar parti.