Media sosial sudah menjadi satu medium utama bagi semua parti politik di dalam menarik minat para penggundi Gen Z untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini. Menerusi penglibatan influencer, mereka sudah pasti merancakkan lagi suasana dalam mempromosi dan berkempen untuk parti pilihan tertentu.

Terbaharu, influencer terkenal tempatan iaitu Caprice telah mendedahkan tangkap layar mesej perbualan pihaknya bersama seorang individu yang menawarkan posting berbayar untuk berkempen sebuah parti politik.

Sumber Gambar: Instagram

Caprice menerusi Instagram berkongsi tentang tawaran berkempen untuk memakai t-shirt parti berkenaan dan memuat naik video dalam akaun TikTok miliknya. Dalam pada itu, individu berkenaan menanyakan harga bayaran yang dikenakan oleh Caprice untuk berbuat sedemikian.

Malah, individu berkenaan turut menghantar beberapa video rujukan untuk beliau. Caprice bagaimanapun meletakkan harga RM1 juta untuk sebuah posting dan memberitahu beliau menggangap kempen politik adalah sesuatu yang bahaya.

Sumber Gambar: Instagram

Menerusi posting itu juga, dapat dilihat pihak Caprice menolak tawaran tersebut. Memang tidak dapat disangkal peranan media sosial mampu mempengaruhi tindakan seseorang yang mana secara khususnya influencer boleh menjadi senjata utama dalam PRU 15 kali ini.

Sementara itu, Caprice menerusi perkongsian terbaru di Intagram telah mendesak Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Pakatan Harapan(PH) untuk sertai Perikatan Nasional dalam usaha untuk membina Malaysia baru.