Menjadi pelakon selama lebih dua dekad membuatkan Zul Huzaimy dikenali ramai. Wataknya sebagai Spark dalam filem Remp-It masih lagi menjadi sebutan peminat meskipun sudah 16 tahun sejak mulai ditayangkan.

Terbaharu, Zul Huzaimy yang tampil berada sebuah pentas parti politik tampil dengan sebuah kenyataan mendakwa negara mungkin tidak benarkan azan serta meminta orang ramai berhati-hati dalam memilih parti politik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

https://www.tiktok.com/@firdausfaizuallah_/video/7162467279467236634?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&refer=embed

Kenyataan Zul Huzaimy yang dikongsikan di pentas parti politik ini didakwa ekstrem serta kurang disenangi oleh orang ramai. Malah, para netizen turut memberi respon terhadap isu yang berlaku khususnya selepas mengaitkan isu azan tidak lagi kedengaran dengan pemilihan parti politik.

Sumber: Instagram Zulhuzaimy_m

Menurut para netizen, terlalu mudah untuk Zul Huzaimy mengucapkan sesuatu yang salah serta memilih untuk membuat permohonan maaf. Selain itu, terdapat juga netizen yang berpendapat beliau seharusnya menggunakan perkataan yang sesuai sewaktu di pentas ceramah politik.

Sehubungan dengan itu, Zul Huzaimy menerusi perkongsian terbaru di Instagram tampil membuat permohonan maaf atas kenyataan yang dibuat.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan terdapat pihak yang sengaja memuat naik perkongsian beliau yang tidak penuh serta membuatkan orang ramai salah anggap.

Sebelum ini, Zul Huzaimy pernah menjadi perhatian ramai selepas beliau memaklumkan penat membersihkan nama Mat Moto sebelum kedatangan Haqiem Stopa dalam industri permotoran.