Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando Zawawi Brotherhood merupakan antara calon paling mencuri tumpuan ramai sempena Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Walaupun tewas kepada calon Perikatan Nasional dengan jumlah undian diterimanya sebanyak 3,557, namun bagi Lando pencalonannya dalam PRU15 telah memberikan kenangan manis buat dirinya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu hantaran Facebook sebentar tadi, Lando memuat naik satu tangkap layar mesej WhatsApp perbualannya dengan seseorang yang menanyakan kepada dirinya apakah pengalaman berharga selama beliau berkempen pilihan raya selama dua minggu ini.

“Saya dapat bertemu rakan-rakan arwah Iqram BROTHERHOOD TANJONG KARANG, ibu bapa arwah, (adik-beradik) lelaki yang mengajar arwah mengucap dan menemaninya di tengah jalan. Tanpa PRU ini, saya tidak akan dapat pengalaman ini,” jawab Lando kepada soalan yang diajukan kepadannya.

Lando turut berkongsi gambar beliau sedang meluangkan masa bersama jemaah masjid untuk ‘carom‘ selepas menunaikan solah berjemaah di kawasan beliau bertanding.

Pada lewat malam semalam keputusan Parlimen P095 – Tanjong Karang menyaksikan seramai 51,205 undian telah diberikan kepada parti-parti yang bertanding kerusi kawasan tersebut seperti Perikatan Nasional, Barisan Nasional, MUDA, Pejuang dan Bebas.

Calon Perikatan Nasional, Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi telah memenangi kerusi parlimen tersebut dengan jumlah undian sebanyak 18,054 dengan majoriti undian sebanyak 2,180 undi.

Walaupun ‘Cip Lando’ tewas, ruangan komen pada hantaran Facebook itu telah mendapat kata-kata semangat dan harapan agar beliau dapat terus dapat berkhidmat buat masyarakat setempat.

Terdahulu Lando telah berkongsi gerak kerja yang telah beliau mulakan walaupun masih belum bergelar ‘Yang Berhormat’ seperti menurap jalan berlubang, cuba menyelesaikan masalah tenaga elektrik low voltage di sesetengah kawasan kampung, berbincang dengan JKR berkenaan masalah aliran trafik di sana dan cuba mencari solusi tentang masalah banjir yang kerap berlaku.