Hari ini, 19 November 2022 merupakan hari rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang rakyat Malaysia memilih pemimpin menerajui negara.

Terbaharu, beberapa keping gambar dan perkongsian tular di media sosial menunjukkan situasi sebuah pusat mengundi di Kampung Long Bemang dimana para pengundi beratur dalam banjir paras lutut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@emeraldgreen110

malaysia memilih☝🏻#fyp #masukberanda #hariundi #malaysiamemilih2022

♬ original sound – Hezron Henrry – HezMusic

Keberanian dan kegigihan pengundi untuk membuang undi dalam keadaan banjir telah meraih perhatian orang ramai. Rata-rata netizen berasa bangga kerana mereka masih bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab mereka meskipun berdepan keadaan seperti itu.

Menurut laporan, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri mengatakan bahawa pusat mengundi di beberapa kawasan dilanda banjir di bahagian utara Sarawak telah dipindahkan ke lokasi lain bagi membolehkan pengundi membuang undi.

“Berdasarkan maklumat awal, Ketua Polis Daerah di lokasi terbabit banjir itu sudah berbincang dengan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) di pusat mengundi untuk melaksanakan langkah yang perlu berikutan pusat diwartakan berkenaan dilanda banjir.

“Kami akan memaklumkan maklumat penuh berhubung perkara itu, petang nanti,” kata Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri

Setakat jam 10 pagi tadi, tiada sebarang insiden dilaporkan melibatkan keselamatan pengundi atau gangguan dalam proses pengundian bagi Sarawak.