Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai kesiapsiagaan ‘Omnipresence‘ yang mana pihak PDRM akan melancarkan sekatan jalan raya di lokasi-lokasi strategik di setiap daerah, di seluruh negara secara penugasan 24 jam.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau lagi, sekatan jalan raya ini dibuat adalah sebahagian daripada usaha PDRM mencegah jenayah melalui peningkatan tahap omnipresence bagi menjamin tahap keselamatan dan ketenteraman awam.

HYPE
Ini Rupanya ‘Rahsia’ Pemain Bola Miliki Keyakinan Senyum Lebar Di Khalayak Ramai
Baca lagi →

“Demi keselesaan pengguna jalan raya dan kelancaran lalu lintas, tiada halangan sekatan jalan raya akan dijalankan pada waktu puncak/siang hari.

“Orang ramai diminta memberikan kerjasama dalam mematuhi arahan yang diberikan ketika melalui sekatan jalan raya, terutamanya semasa di luar waktu puncak,” kata Tan Sri Acryl Sani Abdullah.

Beliau turut meminta agar masyarakat sejagat tidak perlu bimbang untuk menjalankan aktiviti harian kerana PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan adalah terkawal.