Pagi ini telah menyaksikan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (Barisan Nasional) berkumpul dan berbincang mengenai gabungan di Hotel Seri Pacific.

Di sangka gabungan kerajaan campuran bakal berlaku, Zahid Hamidi selaku presiden UMNO menerusi sebentar tadi tampil mengeluarkan kenyataan di mana gabungan parti Barisan dengan mana-mana parti lain belum selesai kerana masih belum mempunyai keputusan rasmi.

Sehubungan dengan itu, Zahid Hamidi mahu memohon lebih masa kepada Istana Negara dalam usaha menentukan siapakan calon Perdana Menteri Malaysia seperti yang diminta.

Sementara itu, Zahid turut mengingatkan ahli-ahli Parlimen BN wajib mengikuti ‘Standing Order’ parti kerana mereka bertanding atas tiket BN.