Segala teka teki mengenai gabungan yang akan membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hampir terjawab pada petang ini apabila Tan Sri Abang Johari Tun Openg selaku Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) tampil membuat kenyataan yang dibuat pada petang ini.

Menerusi sidang media yang berlangsung, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengesahkan pihak mereka sedia untuk bergabung dengan Perikatan Nasional (PN) beserta Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan persekutuan yang stabil dan kukuh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Everybody wants to see me,” seloroh Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas disoal wartawan mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mahu berjumpa beliau. Beliau walau bagaimanapun memilih untuk bergabung dengan PN, BN dan GRS demi kesejahteraan rakyat.

Pihak GPS juga turut mengemukan calon Perdana Menteri Malaysia pilihan mereka iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia ke-10 bakal ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), di Kuching, sebentar tadi.