Pada 19 November 2022, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan dijalankan dan lebih 21 juta pengundi berdaftar dijangka akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin menerajui negara.

Bagi menghargai anda yang menjalankan tanggungjawab untuk mengundi, terdapat beberapa promosi menarik untuk anda nikmati selepas membuang undi dengan hanya menunjukkan dakwat biru di jari anda esok. Mari kami kongsikan promosi yang boleh anda dapatkan esok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Genting SkyWorlds

Hanya beli satu tiket, anda boleh dapat satu tiket percuma untuk masuk ke Genting SkyWorlds dan promosi ini sah pada hari esok sehingga ahad sahaja dengan pembelian di kaunter.

Baca: Apa yang anda perlu tahu sebelum ke Genting SkyWorlds

2. Kopi Saigon

Peminat kopi pula bolehlah dapatkan kopi percuma anda dengan minimum pembelian 2 kopi pada hari esok. Promosi ini boleh ditebus secara ‘walk in’ sahaja dan ianya sah di kesemua cawangan Kopi Saigon kecuali cawangan Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

3. GSC

Anda layak tebus popcorn saiz kecil percuma di semua pawagam GSC terdekat anda kecuali di Aurum Theatre pada hari esok. Akan tetapi, popcorn percuma ini terhad dan berkonsepkan siapa cepat dia dapat selagi stok masih ada.

4. Tealive

Sebenarnya promosi ini sudah bermula pada 14 November 2022 dan akan berakhir pada Ahad ini, 20 November 2022. Anda boleh dapatkan 2 minuman dengan harga RM15 dan hanya terpakai kepada minuman berharga bawah RM10 serta boleh ditebus di kesemua cawangan Tealive kecuali Tealive Plus.

Baca: Minuman Tealive yang dicadangkan oleh Tearista

5. Kenny Rogers Roasters

Kenny Rogers Roasters pula hadir dengan promosi beli 1 percuma 1 dan promosi ini sah pada 19 November 2022 hingga 20 November 2022 sahaja. Malah, anda hanya layak tebus dengan makan di restoran dan ianya sah di kesemua restoran Kenny Rogers Roasters kecuali di Alamanda, Nilai, PKNS Shah Alam dan Plaza Angsana.

6. IKEA

Anda boleh dapatkan aiskrim percuma dengan tebus di Swedish Bistro esok. Akan tetapi, aiskrim percuma ini hanya terhad kepada 500 penebusan di setiap cawangan IKEA.

7. Marrybrown

Dapatkan seketul ayam percuma di Marrybrown esok dan terhad kepada 1 penebusan untuk seorang pelanggan di setiap transaksi. Sah di semua Restoran Marrybrown kecuali Genting Highlands, Sunway Lagoon, Johor Premium Outlet dan semua lapangan terbang.

8. OLDTOWN White Coffee Malaysia

Dengan setiap pembelian makanan, anda boleh dapatkan kopi percuma dan promosi ini sah selama satu hari sahaja iaitu pada 19 November 2022.

9. TGI Fridays Malaysia

Promosi ini hanya sah untuk makan di restoran dan anda boleh dapatkan 15% diskaun untuk kesemua burger pilihan anda serta ianya boleh ditebus untuk satu tebusan sahaja.

10. Coolblog Malaysia

Anda boleh mendapatkan topping percuma untuk setiap minuman yang anda beli. Promosi ini sah di kesemua cawangan Coolblog Malaysia.

Pastikan anda ‘redeem’ semua promosi ini esok sebagai ‘treats’ anda menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Jangan terlepas pula promosi yang anda mahukan!