Pilihan Raya Umum Ke-15 bakal tiba lagi beberapa hari. Berjuta rakyat Malaysia telah diserahkan mandat untuk memilih siapakah yang bakal memimpin negara untuk tempoh lima tahun akan datang.

Peluang ini bakal direbut oleh parti yang bertanding dalam memastikan bahawa hala tuju negara kekal di jalan yang lurus dan jika ada halangan sekali pun, masih boleh dilalui dengan tenang tetapi berjaga-jaga.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tidak dinafikan bahawa PRU15 ini tidak lari dari kekecohan. Sebelah sana mempertahankan kedudukan bahawa tampuk kepimpinan harus ditukar, manakala yang sebelah sini pula meminta agar proses pemilihan ini dijalankan selepas musim banjir yang dijangka tiba pada hujung tahun ini. Ada juga yang masih mencari-cari mahu sertai kumpulan mana dan ada anak muda yang baru pertama kali mengundi.

Bagi rakyat kebanyakkan pula, luka-luka lama setelah dicarit dengan pelbagai janji serta tipu helah memberi kesan pada tahap kepercayaan mereka. Persoalan besar yang akan ditanya ditengah-tengah pelbagai siri ketidakstabilan politik ini adalah; adakah undi kami akan membawa apa-apa kesan?

Kata Eric Liu, CEO Citizen University, tidak mengundi adalah mengundi. Tidak mengundi juga adalah mengundi untuk melihat apa yang anda benci atau apa yang lawan tidak diubah oleh pihak yang menang. Kata dia lagi, dengan tidak mengundi, anda sebenarnya membuka ruang kepada mereka yang suka mengambil kesempatan di atas ketiadaan undi anda.

Jadi, jawapan untuk soalan di atas sudah pasti ya. Ini kerana ia akan membuka ruang suara masyarakat kebanyakan didengar. Hak dan ruang ini perlu dipertahankan untuk sebuah negara demokrasi bagi memastikan bahawa hak kita kekal terjaga.

Dengan mengundi, anak muda mempunyai kuasa yang sangat penting dalam memastikan kualiti hidup yang mereka inginkan dipandang serius oleh penggubal polisi yang dipilih. Dengan turun mengundi, peluang anda untuk membela isu-isu seperti harga rumah, kestabilan ekonomi, alam sekitar dan pendidikan yang berkualiti terus mendapat tempat.

Peluang mengundi juga tidak lain adalah untuk memastikan bahawa pemimpin yang dipilih bersih dari segala salah guna kuasa, tidak bebal dan mempunyai jiwa yang bertanggungjawab dalam nasib rakyat di kawasan beliau terus kekal terjaga.

Jadi untuk anak muda, terutamanya mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Gunakan hak anda sebaik-baiknya, kerana nasib hari ini akan memberi kesan kepada generasi akan datang.