Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob direkodkan menggunakan perkhidmatan iklan Facebook dan Instagram tertinggi di Malaysia sejak 30 hari yang lalu, lapor Ekonomi Rakyat di laman Twitter rasmi mereka.

Melalui rekod yang dipaparkan, Ismail Sabri telah membelanjakan RM259,592 untuk menggunakan perkhidmatan Meta Ad Library yang menjaga iklan untuk Facebook dan Instagram. Diikuti oleh sebuah halaman Facebook Apa Kata Orang yang membelanjakan lebih RM112,871 dan Parti DAP dengan RM81,431.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli pula berada di tangga ke-4 dengan rekod perbelanjaan sebanyak RM77,286 dan diikuti oleh Pemuda PAS Malaysia dengan angka sebanyak RM46,192 melengkapkan senarai lima teratas halaman yang menggunakan khidmat iklan Facebook.

Melalui pemerhatian The Vocket, kelima-lima halaman ini kebanyakannya memfokuskan kepada kandungan politik. Halaman Apa Kata Orang tidak menyatakan mereka mewakili parti mana, namun melalui hantaran-hantaran yang dibuat di Facebook, ia dapat disimpulkan bahawa halaman tersebut lebih ke arah Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, Ismail Sabri mula membelanjakan wang untuk muat naik berkenaan politik di iklan Facebook adalah pada 8 November. Hantaran beliau sebelum ini kebanyakannya berkisarkan mengenai tugas-tugas beliau sepanjang memegang jawatan Perdana Menteri.

Meta Ad Library adalah salah satu platform yang dibina oleh Facebook dengan tujuan untuk lebih terbuka dengan para pengguna. Dibina pada 2018, ia lahir selepas salah seorang pelakon di luar negara menggunakan iklan Facebook untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya.

Halaman ini berfungsi untuk orang ramai atau pengguna meninjau kandungan iklan yang dikeluarkan oleh halaman Facebook yang dibina khas untuk agenda politik dan isu sosial. Pengguna boleh melihat laporan iklan tersebut seperti kumpulan sasaran dan berapakah wang yang digunakan untuk mengiklankan agenda mereka.

Neal Roese, seorang profesor pemasaran di Sekolah Pengurusan Kellogg Universiti Northwestern berkata kepada Forbes bahawa dua perkara yang dilihat olehnya adalah Fungsi dan Psikologi. “Fungsi bermaksud apakah keputusan akhir yang kita mahukan berbanding sisi emosi dan hubungan emosi.

Di Amerika Syarikat, Facebook memainkan peranan yang lebih besar. Terutamanya selepas calon tidak mampu untuk berkempen secara langsung selepas wabak COVID-19 melanda dunia.

Menurut laporan Facebook Ad, Joe Biden membelanjakan $ 6.1 juta untuk 19,336 iklan berbeza antara 25 Oktober dan 31 Oktober sementara Donald Trump menghabiskan $ 2.9 juta untuk 53,817 iklan berbeza. Difahamkan, kedua-dua calon mempunyai lebih dari 50,000 kepingan iklan yang berbeza – dengan masing-masing berpotensi mencapai puluhan ribu atau ratusan ribu pengguna Facebook.