Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Keputusan penuh Pilihan Raya Umum Ke-15 masih belum dapat diketahui. Bagaimanapun, melihat kepada jumlah kerusi, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional nampaknya sedang bersaing dengan hebat, manakala Barisan Nasional seolah-olah sudah tercicir jauh.

Artikel Berkaitan:

Awani – Kemas kini jumlah kerusi yang dimenangi oleh pakatan politik pada jam 12:22 pagi.

Melalui pemerhatian The Vocket di laman media sosial, tanda pagar #ZahidHamidiLetakJawatan kini mula tersebar di laman media sosial terutamanya Twitter.

Salah seorang pengguna Twitter yang juga Exco Barisan Nasional, Ali Amir Razali menyuarakan rasa tidak puas hati beliau kepada Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi yang baginya cuba untuk ‘menyelamatkan diri sendiri’.

Setakat laporan ini ditulis, BN ketinggalan jauh selepas hanya mengutip 14 kerusi. Lawan mereka PN mendahulu PH.

Mereka yang mendesak Zahid untuk meletak jawatan adalah penyokong tegar BN dan pemengaruh media sosial. Kebanyakan mereka merasakan bahawa Barisan Nasional ketinggalan jauh di bawah kepimpinan Zahid.

Bagaimanapun, keputusan rasmi PRU15 ini masih belum dikeluarkan. Dan apabila kita bercakap soal politik, apa sahaja boleh berlaku.