Marshaira Ismail atau lebih dikenali dengan nama King Coco sebelum ini pernah terlibat dalam dunia politik dan mengejutkan ramai pihak apabila memenangi jawatan Ketua Srikanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia bahagian Bagan Serai.

Poster semasa pemilihan calon Ketua Srikandi pada 2020 yang lalu

Menerusi perkongsian di Instagram Story milik King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail mempunyai sebab tersendiri untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kali ini.

Baca Juga:

Dengan memuat naik Instagram Story tersebut, dia seolah-olah kecewa dengan dunia politik sekarang kerana banyak yang bertopengkan manusia dan ‘hipokrit’.

Bukan itu sahaja, dia juga mengatakan tiada makna untuk pejuangkan rakyat kerana kebanyakkan ‘drama’ politik ini ‘fake’ semata-mata untuk rebut kerusi.

Malahan, King Coco berasa kasihan dengan mereka yang jujur dan bekerja keras bertahun-tahun tolong rakyat sebelum PRU tetapi tidak tercalon untuk bertanding kerana kroni sahaja yang dipilih.

“Bukan apa, ada yang kesian, bertahun tahun buat sebelum PRU lagi dah tolong rakyat. Tup tup tang kroni kau jugak kau pilih. Kelakar kan? Kroni yang tak nampak muka. Yang alih-alih dia juga,” tulisnya.

Tambahan info, King coco pernah viral kerana slang pelatnya lots of mix itu dan dipercayai bergiat aktif dalam politik selepas tercalon pada 2020.