Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Di saat Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) baru sahaja berbincang dalam potensi membentuk kerajaan gabungan, Perikatan Nasional sebentar sahaja tadi telah mengumumkan pihak mereka telah mengemukakan senarai ahli parlimen yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri kepada Istana Negara.

Menerusi perkongsian Dato’ Seri Hamzah Zainudin selaku Setiusaha Agong Perikatan Nasional, beliau memaklumkan pihak mereka berjaya meraih surat akuan lebih 112 ahli parlimen yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang juga merupakan ahli parlimen bagi Perikatan Nasional turut mendedahkan telah memperoleh sokongan daripada 18 ahli parlimen Barisan Nasional yang turut memberi menyokong pembentukan kerajaan bersama Perikatan Nasional.