Berbaki sekitar beberapa hari sahaja lagi untuk pengundian PRU15. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dalam persiapan untuk memastikan semua berjalan lancar dan memberi keutamaan dalam ketelusan pengundian.

Suruhanjaya Pilihan Raya kini telah berkongsikan sebuah infografik terperinci bagaimanan proses pengundian berjalan pada PRU15 yang dijadualkan pada 19 November 2022 kelak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusinya, para penggundi diingatkan supaya tidak menggunakan telefon pintar ketika melakukan proses pengundian. Dengan langkah ini, ia dilihat akan menjamin lebih privasi dan hak para pengundi pada hari mengundi kelak.

Berdasarkan infografik langkah pengundian, SPR memperlihatkan orang ramai perlu meninggalkan telefon sebelum melakukan proses pengundian dan boleh mengambilnya semula selepas selesai memasukkan kertas undi dalam Peti Undi.

Langkah ini diambil kerana PRU sebelum ini pernah terdapat isu pembelian undi  di mana pengundi perlu mengambil gambar undian yang dibuat untuk parti tertentu lalu dibayar dengan wang. Hal ini membuatkan keputusan akhir yang didapati tidak telus dan merosakkan integriti sesebuah negara.

Sumber