Berbaki beberapa hari saja lagi sebelum Pilihan Raya Utama Ke-15 (PRU15) bakal berlangsung. Kami yakin pastinya anda akan membaca pelbagai perbincangan dan berita melibatkan PRU15 yang sedang hangat ketika ini.
Bersempena dengan musim PRU15 yang sedang hangat, pengguna Twitter @rezarazali bersama pasukannya tampil dengan sebuah inisiatif untuk melancarkan sebuah laman iaitu PRU.MY dalam membolehkan pengguna meneka calon ahli parlimen yang bakal memenangi PRU15.
12 hours live and we have close to 700 PRU predictions
We are rolling out various new exciting features within the next few days and best of all the winner who guess the closest to actual result will take home a brand new iPad. 🤤
🗳️🇲🇾 https://t.co/BFg2EUB1UG 👉🏻 Ramal PRU15 pic.twitter.com/i3PNPpGfcz
— Reza Razali 👨🏻💻🇲🇾 🗳️ (@rezarazali) November 16, 2022
Menariknya menerusi laman ini, individu yang berjaya meramal jumlah pemenang melibatkan 222 ahli parlimen mengikut parti yang betul berpeluang memenangi Apple iPad model terbaru.
Untuk menyertainya, anda perlu memilih parti yang bakal menerajui Malaysia selepas PRU15 diikuti 222 ahli parlimen. Anda juga sekadar perlu memberi maklumat emel daripada Google sahaja. Serius mudah!
Setakat artikel ditulis, lebih 5,000 individu telah tampil membuat ramalan tidak sampai 24 jam laman ini diperkenalkan. Apa tunggu lagi? Mungkin ini peluang anda untuk memenangi Apple iPad menerusi ramalan tepat yang dibuat. Anda boleh klik di sini untuk membuat ramalan.