Petang ini telah menyaksikan pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Terbaharu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi temu bual bersama wartawan memaklumkan masih belum terdapat sebarang lantikan Perdana Menteri Malaysia setakat petang ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya junjung kasih kerana Tuanku titah mengadap untuk sampaikan pandangan Tuanku, bahawa perlu ada kesepakatan semua pihak supaya kerajaan kukuh.

“Kerajaan yang ditubuhkan kelak harus wakili semua pihak, kaum, dan wilayah”, ulas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sama-sama kita nantikan keputusan lanjut dalam mengetahui individu yang diperkenan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10 dalam memacu ekonomi negara sekaligus mengelakkan isu perkauman berbangkit.