Tenaga Nasional Berhad melaporkan bahawa terdapat gangguan elektrik di Kolej Vokasional Gombak. Perkara ini dilaporkan sendiri oleh TNB di laman Twitter miliknya.

“Merujuk video gangguan elektrik di Kolej Vokasional Gombak (SM Teknik, Gombak).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Bekalan TNB disahkan baik & teratur. Ianya berpunca dari kerosakan dalaman di pihak pengguna & disahkan pihak SPR,” katanya dalam ciapan terbaharu yang dimuat naik sebentar tadi.

TNB berkata bahawa pihaknya akan terus memantau bekalan elektrik di beberapa kawasan penting bagi memastikan proses pengiraan undi ini dapat diselesaikan tanpa sebarang gangguan.

“TNB akan terus memantau bagi memastikan bekalan kekal stabil sepanjang proses pengiraan undi ini selesai,” katanya.

Untuk rekod, kiraan undi untuk Parlimen Gombak sedang berlangsung. Bagi keputusan tidak rasmi, difahamkan bahawa calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Amirudin Shari kini mendahului lima calon lain, lapor Utusan.