Seorang ahli politik PAS memohon maaf selepas cuba ‘mengambil kerja tuhan’ dengan menjatuhkan hukum bahawa pengundi yang memilih Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan dihumban ke neraka.

Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Sik Mohd Shahiful Nasir Mhd Nasir dalam satu video yang kini tular di media sosial.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Saya Mohd Shahiful Mhd Nasir ingin memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan ucapan saya yang tular hari ini. Perkara syurga dan neraka tidak diputuskan hanya berdasarkan sokongan kepada Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, tetapi secara umumnya melibatkan perbuatan baik atau buruk.

“Sekali lagi, saya ingin memohon maaf kepada semua orang atas kesilapan yang saya lakukan dalam ucapan saya,” katanya dalam video pendek yang disiarkan di laman Facebook Pemuda PAS Sik.

Dalam klip pendek ceramahnya malam tadi, Mohd Shahiful, yang kini bersama dengan Perikatan Nasional (PN), menyeru pengundi Sik supaya mengundi gabungan itu dan menolak BN atau PH.

“Ingat nasihat saya kepada semua pengundi di Sik yang akan mengundi. Bila balik, pangkah PN. Sesiapa yang pangkah BN dan PH, esok pi neraka,” kedengaran beliau berkata.

Petikan ceramahnya itu dikongsi di laman Facebook, Ibnu Ahmad. Kebanyakan komen pengguna media sosial mengecam Mohd Shahiful yang juga seorang pendakwah Islam.