Seorang netizen telah ‘mengorek sehingga ke lubang cacing’ apabila mendakwa bahawa beliau berjaya mengesahkan bahawa calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pengkalan Chepa, Mohd Hafiezulniezam Mohd Hasdin sebenarnya bukan seorang doktor dan beliau sebenarnya tidak pernah menghabiskan pengajian beliau di Indonesia.

Melalui satu hantaran terbaharu di laman Facebook, pengguna media sosial dengan nama Liyana Marzuki mendedahkan bahawa Universiti Gadjah Mada yang terletak di Yogyakarta telah mengesahkan bahawa calon BN Pengkalan Chepa bagi Pilihan Raya Ke-15 (PRU15) ini bukan alumni UGM dan sijil ijazah yang dipamerkan itu adalah palsu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Liyana Marzuki/FB

“Kami sahkan bahawa [Mohd Hafiezulniezam bin Mohd Hasdin] bukan alumni universiti gadjah mada dan nombor serta data yang disertakan bersama sijil diploma adalah tidak sah. Kami juga mengesahkan bahawa Encik Mohd Hafiezulniezam bin Mohd Hasdin pernah menjadi pelajar Universiti Gadjah Mada, tetapi beliau tidak dapat menamatkan pengajiannya sehingga had masa yang ditetapkan,” katanya.

Melalui pautan yang boleh dilihat di sini, nama Hafiezulniezam berada di dalam sistem dengan nombor induknya 11021 dan status pengajiannya saat ini adalah ‘belum lulus’.

Pangkalan Data Pendidikan Tinggi

Di dalam hantaran terbabit, Liyana turut meminta agar Hafiezulniezam untuk berterus terang kepada rakyat Malaysia dalam masa 24 jam, “Sekiranya tiada kenyataan dan bukti daripada beliau dalam tempoh masa tersebut, saya akan meneruskan melalui laporan polis dan peguam saya akan mengambil tindakan selajutnya untuk menyaman beliau.

“Saya selalu percaya, the power in people is greater than the people in power.

“Bangkit anak bangsaku, jangan dibiarkan pemimpin sebegini menang pilihanraya dan memerintah kita,” katanya di Facebook.

Untuk rekod, Hafiezulniezam telah pun membuat laporan polis berhubung fitnah yang mengatakan beliau tidak menamatkan pengajian di universiti selain tidak layak menggunakan gelaran doktor.

“Saya tegaskan di sini dakwaan berkenaan adalah tidak benar sama sekali. Saya belajar di universiti di Indonesia dalam bidang perubatan pada 2004 sebelum menamatkan pengajian pada 2009.

“Saya yakin fitnah berkenaan bertujuan memalukan saya selain membunuh karier saya sebagai calon BN pada PRU15. Malah, fitnah itu juga bertujuan jahat supaya fokus saya hilang sepanjang tempoh berkempen,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.