Baru-baru ini, pelakon terkenal Fizo Omar berkongsikan pendapat mengenai PRU-15 di laman Instagram miliknya. Beliau menyatakan pemimpin harus membuat keputusan sekarang kerana rakyat telah pun menunaikan tanggungjawab mereka dengan mengundi.

Menerusi Instagram tersebut, Fizo memuat naik gambar yang mengatakan agar semua ahli politik untuk bergabung dengan cara baik demi bangsa dan agama di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar turut menasihatkan supaya para pemimpin ketepikan ‘drama’ politik demi selamatkan negara kita untuk terus maju ke hadapan.

“Ketepikan soal penting diri, kuasa dan harta demi selamatkan negara kita,

“Soal agama dan bangsa kita harus diutamakan.kami tak sanggup melihat agama dan bangsa kita dijajah didepan mata dan di tanah air kita sendiri,” ujar Fizo.

Menurutnya, pelakon berusia 37 tahun itu juga menekankan agar Perdana Menteri ke-10 yang bakal dipilih mestilah berketurunan Melayu dan beragama Islam.