Yang di-Pertuan Agong akan mengadap Raja-Raja pada satu perhimpunan khas di Istana Negara esok (24 Nov), lapor The Star.

Difahamkan, Baginda akan meminta pandangan Raja-Raja mengenai kebuntuan pembentukan kerajaan persekutuan yang berlaku ketika ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Mesyuarat akan bermula pada 10.30 pagi dan ia dijangka berlangsung sekurang-kurangnya tiga jam. Sumber-sumber istana berkata mesyuarat khas itu sangat mustahak.

Yang Dipertuan Agong cuba menubuhkan kerajaan perpaduan yang terdiri daripada Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional tetapi gagal setakat ini.

Raja-raja dijangka diberi taklimat mengenai prosedur undang-undang kerana Parlimen tergantung yang berlaku sekarang.

Majlis Raja-Raja juga dijadual bakal diadakan pada 28 November, Isnin minggu hadapan.

Pihak Istana memberitahu BFM News, satu kenyataan akan dikeluarkan tidak lama lagi.