Menjual barangan edisi terhad dan bundle sudah menjadi strategi yang tidak asing lagi bagi Sony bersama pengeluar game popular. Pada kali ini, Sony telah mengumumkan PlayStation 4 Pro Edisi Monster Hunter: World Rathalos.

Melalui set edisi terhad ini, konsol PlayStation 4 Pro telah diberi kemasan sesuai dengan temanya dimana memperlihatkan watak Rathalos.  Ruang yang ditawarkan pada model ini adalah 1 TB.

PS4_BOX_J_MonsterHunterWorld

PS4_MONSTERHUNTERWORLD_01

PS4_MONSTERHUNTERWORLD_02

Tidak hanya membawa kemasan pada bahagian konsol, DualShock 4 yang hadir bersama edisi terhad ini turut hadir dengan kemasan warna merah bersesuaian dengan tema game ini.

Buat anda sebagai peminat Monster Hunter dan mahu mendapatkan edisi terhad ini, model ini bakal mula dijual di Malaysia pada harga RM2,048 bermula Januari 2018. Set edisi terhad ini turut hadir dengan game Monster Hunter: World Rathalos beserta langganan PS Plus yang ditawarkan secara percuma selama 3 bulan.