Sejak mula berita pengumuman Sony mengenai Sony PlayStation 5, orang ramai khususnya para gamer seakan tidak lagi sabar untuk mejadi yang terawal mendapatkan konsol generasi terbaru daripada siri PlayStation ini.

Meskipun masih belum dilancarkan secara rasmi, terdapat sebuah syarikat daripada London iaitu Truly Exquisite yang sedia untuk menawarkan PlayStation 5 bersalut emas 24K kepada para peminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

24k-gold-ps5-truly-exquisite-1-1200×720

Penawaran warna emas 24K ini pastinya membuatkan konsol ini tampak lebih eksklusif sekaligus tampil berbeza berbanding konsol PS5 biasa yang hadir dengan warna putih.

Untuk pengetahuan, firma ini sememangnya popular dalam menawarkan barangan dengan salutan emas 24K malah para pengguna berpeluang membuat tempahan salutan emas 24K pada telefon pintar dan juga kereta.

ps5-controller-gold-1230273-1280×0

Mengulas mengenai harga, setakat ini firma ini masih belum mengumumkan harga bagi PS5 edisi terhad ini. Walau bagaimanapun, harga yang mahal antara yang dijangkakan selepas Sony PS5 edisi biasa dijangka bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,404 pada penghujung tahun ini.

Ketahui lebih lanjut mengenai rekaan dan harga jangkaan Sony PlayStation 5 dengan klik pautan di bawah.

Harga Sony PS5 Tertiris, Bakal Dijual Dengan Harga Sekitar RM2,404

Sony Kongsi Rekaan Rasmi PS5, Harga Kekal Jadi Tanda Tanya