Jika sebelum ini Bape bekerjasama dengan Ligue 1 Champions Paris Saint-Germain untuk menghasilkan koleksi streetwear, kini BAPE tampil bekerjasama dengan PSG untuk menghasilkan item koleksi terbaharu iaitu bola sepak.

Keseluruhan bola sepak ini dhiasi corak camo berwarna biru dari bentuk heksagon dan dihiasi dengan warna merah, putih dan biru yang sama dengan kit PSG. Malah, ikon BAPE diletakkan beserta logo kelab PSG dan disertakan motif ‘A Bathing Ape Paris Saint-Germain’ yang menjadi highlight untuk rekaan tersebut.

Harga untuk item The Paris Saint-Germain x BAPE CAMO Football ini adalah €75(~RM355). Bagi anda yang ingin dapatkan koleksi ini, anda boleh dapatkan di laman web ini.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.