Jika sebelum ini sebanyak 429,945 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah bebas dari disenarai hitam oleh Imigresen dan boleh ke luar negara. Kini, pihak PTPTN mungkin bakal perkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman.

Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.

ptptn
Sumber: maryani23

Malah, sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang gagal membuat bayaran.

Untuk pengetahuan anda, setakat hari ini, PTPTN hanya berjaya mengutip hutang peminjam sebanyak RM8.4 bilion tetapi telah mengeluarkan pinjaman berjumlah RM56 bilion. Jika berterusan sebegini, PTPTN mungkin tidak akan mampu memberi pinjaman lagi atau tidak wujud lagi dalam 20 tahun akan datang berikutan menanggung hutang yang banyak.

passport-malaysia
Sumber: IR Edie Fendie

Cadangan yang dikemukan untuk menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet boleh diubah mengikut cadangan daripada orang awam. Bagi anda yang tidak bersetuju atau mempunyai cadangan yang lebih baik, anda boleh memberikan cadangan di sini.