Public Bank Bhd pada hari ini telah mengumumkan jumlah keuntungan yang diperoleh sepanjang suku tahun pertama 2018 yang bernilai RM1.42 bilion. Jumlah yang diperoleh ini sekaligus menunjukkan peningkatan positif buat syarikat perbankan ini selepas berjaya mengutip RM1.27 bilion pada suku tahun pertama tahun lalu.

Pendapatan kasar yang diperoleh Public Bank juga didapati meningkatkan kepada RM5.35 bilion berbanding RM5.03 bilion.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Tan Sri Dr Teh Hong Piow, chairman Public Bank Bhd. Sumber: themalaysianreserve

Mengulas dari segi peningkatan keuntungan yang diperoleh, Tan Sri Dr Teh Hong Piow selaku pengasas dan juga chairman Public Bank Bhd berpendapat ekonomi Malaysia yang semakin baik berbanding tahun lalu antara yang membuatkan syarikat ini turut menerima keuntungan yang lebih baik.

Selain itu, Public Bank turut bersedia untuk menjayakan usaha fintech sesuai dengan kehendak pasaran serta teknologi sedia ada.

public-bank

Diharap peningkatan ekonomi Malaysia bakal berterusan sekaligus membolehkan pertumbuhan ekonomi dan juga masyarakat dalam berurus niaga bersama pihak bank. Tahniah diucapkan buat semua ahli dan staf Public Bank yang bertungkus lumus menjayakan misi syarikat perbankan ini.

Sumber