Minggu lalu tular di media sosial dan menjadi bualan hangat para netizen apabila seorang majikan telah memukul dua pengawal peribadinya gara-gara ingkar arahan dengan terus berpuasa meskipun dihalang majikan.

Laporan polis yang diterima daripada pengawal peribadi serta kesan pukul pada beberapa bahagian di badan secara tidak langsung menjadi bukti kesan pukul yang dibuat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi laporan Sinar Harian, tertuduh Chung Chee Yang bersama pembantu peribadinya Choo Hin Voon pada hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Klang selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan.

Mengikut pertuduhan pertama, Chee Yang dituduh di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana telah menakutkan secara jenayah terhadap Mohd Azminizam Zulkepli dengan ugutan hendak menyebabkan kecederaan parah dengan mengacukan sepucuk pistol ke arah mangsa.

Dilaporkan Majistret P Sarulatha telah membenarkan Chee Yang diikat jamin sebanyak RM50,000 manakala Hin Voon sebanyak RM20,000 dan memenuhi syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan. Pihak mahkamah menetapkan sebutan kes pada 23 Jun depan.

Ketahui lebih lanjut mengenai kes yang berlaku melibatkan dua pengawal peribadi yang dibelasah dan diacu pistol dengan klik pautan di bawah.

Ingkar Arahan Majikan Kerana Mahu Berpuasa, Dua ‘Bodyguard’ Dibelasah Dan Diacu Pistol

Peguam Ini Jelaskan Mengapa Wujud Perbezaan ‘Layanan’ Buat Individu Yang Melanggar SOP

 

Sumber