Tular baru-baru ini di media sosial apabila dilaporkan dua remaja dari Kelantan telah menolak dan menyepak seorang mangsa berkali-kali.

Video yang dikongsikan menerusi laman Facebook IRDK Kelantan dilaporkan turut menjadi perhatian pihak polis di mana polis kini sedang mengesan dua remaja perempuan di daerah Tanah Merah, Kelantan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi video 30 saat yang dibuat naik, mangsa telah dibelasah serta turut ditarik tudungnya. Mangsa yang tidak melawan kemudiannya dipukul seorang lagi remaja lain. Menerusi audio rakaman video berkenaan, dikatakan video tersebut tidak akan disebar sebaliknya hanya berniat sebagai ugutan sahaja.

Berdasarkan video yang kini sedang tular, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata pihaknya setakat ini belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu. Selain itu, mangsa juga masih belum dikenal pasti dan sedang giat mencari individu-individu yang terbabit dengan keganasan yang dibuat.

Tular pada minggu ini apabila Chatime tampil backup Neelofa ke Langkawi atas alasan pembukaan cawangan. Kenyataan yang dibuat nyata membuat para netizen berang.

Tiada Pembukaan Cawangan Baru, Netizen Bengang Chatime Cuba ‘Backup’ Alasan Neelofa Ke Langkawi

Minta Hutang Cara Ekstrem, Keluarga Terkejut Terima Buku Yasin Dengan Gambar Penghutang

Sumber