Rosmaini Abd Raof, seorang peniaga berusia 38 tahun telah didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini di atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isteri keduanya. Ketika dibacakan tuduhan di hadapan Hakim VM Mabel Sheela, dia mengaku tidak bersalah terhadap kejadian yang berlaku pada 4 Mei lalu.

Menurut laporan media tempatan, tertuduh telah didakwa melakukan kecederaan serius terhadap isteri keduanya, Jahidah Nordin@Sylvester berumur 43 tahun. Rosmaini telah bertindak memukul bahagian kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan isterinya sehingga menyebabkan kecederaan parah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lebih teruk lagi, isteri keduanya yang koma itu difahamkan sedang hamil empat minggu. Akibat daripada perbuatan Rosmaini, isterinya mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul oleh suspek.

Rosmaini, tertuduh di dalam kes ini telah didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin pada kira-kira jam 6 pagi. Dia kini didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda.

Semasa perbicaraan terbabit, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman memohon budibicara mahkamah untuk mengenakan jaminan sebanyak RM30,000 kepada tertuduh. Ini disebabkan keseriusan kes yang menyebabkan isteri tertuduh terlantar koma selain sedang hamil empat minggu.

Bagaimanapun, ketika jaminan itu dicadangkan. Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah bertindak merayu kepada mahkamah agar jaminannya dikurangkan kerana dia masih perlu menanggung tiga isteri dan tujuh anaknya yang lain.

Mahkamah kemudiannya memerintah tertuduh membayar jaminan RM7,000 dengan dua penjamin dan menetapkan 25 Julai bagi sebutan semula kes. Mahkamah turut mengarahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran selain tidak mengganggu mangsa.

Jiran kena dera dengan suami, tindakan gadis ini lapor polis terima pujian netizen. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Jiran Kena Dera Dengan Suami, Tindakan Gadis Ini Lapor Polis Terima Pujian Netizen

Suami YouTuber Terkenal Direman Bagi Membantu Siasatan Dakwaan Cuba Mencederakan Isteri

Kemurungan Akibat ‘Lockdown’, Lelaki Ini Campak Isterinya Dari Tingkat 7

Sumber