Pengumuman PRU14 semalam telah menyebabkan kekecohan dalam kalangan netizen yang hendak pulang ke kampung halaman untuk mengundi. #PulangMengundi dan #CarPoolGE14 mula trending dalam kalangan pengguna Twitter yang bermurah hati untuk menghulurkan bantuan kepada netizen yang hendak balik ke kampung halaman.

Bantuan yang ditawarkan termasuklah dalam bentuk wang ringgit dan juga berkongsi kenderaan untuk balik ke kampung halaman. Pengguna Twitter mula menghulurkan bantuan memandangkan ramai golongan muda yang masih berstatus pelajar menghadapi masalah kewangan untuk membeli tiket bas dan tiket penerbangan.

Semangat tolong-menolong tanpa mengira bangsa dan agama ini membuktikan keharmonian dan satu padu dalam kalangan rakyat Malaysia demi menjalankan tanggungjawab terhadap negara. Perancangan anda pula bagaimana?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group