Sebelum itu, ini sekadar pandangan peribadi penulis InvestorMY yang berpengalaman dalam pelaburan pasaran kewangan (saham, matawang dan komoditi).

Perkara pertama ialah kita harus faham jelas tentang apa itu Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang diumumkan agihan pendapatan setiap hujung tahun.

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Kita memasukkan wang ke dalam ASB, kemudian ASB akan melaburkan wang kita di dalam beberapa instrumen kewangan. Hasil pelaburan yang diterima oleh ASNB akan diagihkan kepada anda yang buka akaun dengan mereka. Setiap awal tahun, kita sudah boleh mengeluarkan wang yang kita laburkan.

Sudah pasti setiap fund manager mempunyai ‘asset management strategy’ mereka sendiri. Di bawah ini merupakan rekod pulangan pelaburan agihan pendapatan kepada pemegang akaun ASB.

dividen asb

Mungkin bagi kita sebagai pelabur biasa dan pasif agak hairan kerana pulangan ASB tahun ini hanya 5%+0.5% dikategorikan sedikit jika bandingkan tahun-tahun sebelumnya.

Tahukah anda, yang prestasi KLSE setakat tahun ini cuma (-)5.41% dan pasaran saham negara kita antara yang tercorot di Asia.

Tapi kita harus rasional dan take a breath dalam menilai hal ini. Sebahagian besar dari dana ASB dilaburkan ke pasaran saham Bursa Malaysia. Jika prestasi Bursa bagus, sudah pasti pulangannya bagus juga. Andai pasaran saham merudum, pasti potensi keuntungan pelaburan ASB juga merudum.

Pasaran saham pula berhubung kait dengan beberapa faktor berikut. Yang utama suka untuk saya petik adalah.

1) Keadaan pengurusan negara yang mungkin tidak stabil dan tidak jelas.

Selepas memenangi pilihan raya, dilihat polisi kerajaan baharu kurang mapan. Walaupun ada yang kata government policy salah satu dari banyak faktor sahaja, tapi ia masih penting. Letakkan diri anda sebagai pelabur, adakah anda mahu meletakkan wang di negara yang hanya tahu berpolitik siang malam?

klse

Lihat, prestasi Bursa Malaysia yang semakin menurun. Dahulu ditinggalkan dengan 1,700 mata hari ini pasaran menuju ke 1,500 mata. Ringgit pula masih melemah diantara 4.10-4.20.

usdmyr

Tidak niat ingin berpolitik tetapi apakan daya polisi kerajaan sememangnya mempengaruhi prestasi ekonomi dan pelaburan kita.

2) Perang Dagang China-US.

iStock-961870818-900×540

Sumber: asiatimes

Salah satu isu lagi adalah perang dua kuasa besar dunia antara US dan China. Tahukah anda, ciapan Donald Trump di Twitter mampu menyebabkan market berdarah atau pun melonjak naik.

Tidak mudah menguruskan saiz dana yang nilainya sangat besar pada masa yang sama memberikan jaminan zero risk kepada pemegang akaun pelaburan.

Mengenai ASB Financing (ASB loan), adakah wajar terminate sekarang?

Jangan berfikir terlalu rumit. Begini, jika kita letak mindset ASB sebagai simpanan. Tidak ada isu selagi mana agihan pendapatan sama atau melebihi jumlah bayaran tahunan. Walaupun ianya nampak tidak begitu seksi kerana pulangan yang nipis, harus kita pandang rapi dari sudut risiko pelaburan.

Sekadar bertanya, ada tak pelaburan yang lebih selamat dari ASB yang sudah tentu dijamin kerajaan?

Jika ada, bolehlah kita diversify pelaburan kita asalkan bukan ke skim mengarut yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Akan tetapi jika pulangan agihan pendapatan ASB kurang dari jumlah bayaran financing, bolehlah anda berfikir untuk terminate. Tiada pelaburan yang sempurna.

Sudah tiba masanya, kita melihat idea pelaburan yang lain pula. Ini yang harus kita lakukan dalam bidang pelaburan.

3) Tahu lakukan profiling risiko pelaburan sendiri.

Ada orang risk averse. Bukan semua orang dilahirkan untuk mengambil risiko yang tinggi. Manakala ada juga orang yang risk taker.

Anda profile yang mana? Dengan mengenali risk profiling sahaja kita boleh menetapkan pelaburan yang sesuai bukan main redah sahaja melabur di tempat tertentu.

4) Faham mengenai risiko pelaburan dan pulangan.

Bila kita menguruskan wang, perkara pertama adalah risiko. Seorang mathematician di Germany iaitu Carl Jacobi ada menyebut “Man Muss Mmmer umkehren” bermaksud “Invert Always Invert” .

Konsepnya di sini bukan fikir untung terlebih dahulu tetapi fikirkan risiko kerugian.

Ben Graham, guru kepada Warren Buffet pernah berkata.

ben graham

“Successful investing is about managing risk, not avoiding it.”

Bukan setakat fund manager di institusi pelaburan sana sahaja yang harus mahir mengurus risiko. Kita sebagai individu juga harus tahu cara menguruskan risiko.

Banyakkan membaca dan berguru mengenai pasaran kewangan. Zaman sekarang sudah mudah, blog kewangan seperti Pakdi.net, MajalahLabur, InvestorMY memberikan info premium secara percuma. Anda tinggal selongkar sahaja di waktu lapang.

Kemudian gunakan sebahagian wang untuk beli buku atau berguru dengan mereka yang lebih mahir.

5) Cuba pelaburan yang kita boleh guna sebagai alternatif.

Menguruskan pelaburan harus bersifat dinamik, tidak boleh setia pada satu instrumen. Sudah ramai yang bercerita mengenai saham dan unit trust, anda boleh baca terus di sini.

Dipendekkan cerita, selain ASB dan Tabung Haji, harus kita belajar melabur di tempat yang kita faham terlebih dahulu. Secara individu, mungkin anda boleh menyelidik senarai di bawah andai mempunyai wang lebihan. Pastikan bukan duit susu pampers anak anak atau duit yuran sekolah anak.

– Robo Advisor.

Robo advisor merupakan cara menguruskan akaun pelaburan alaf ini menggunakan Artificial Intelligence.

Di Malaysia,  dua firma robo advisor yang mendapat lesen digital daripada BNM adalah StashAway dan Wahed Invest. Anda boleh memilih portfolio anda di mana untuk dilaburkan. ETF, Sukuk dan sebagainya.

Daftar Wahed Invest dan dapatkan bonus sebanyak 10USD dengan menggunakan referal code MOHMDE1 di Wahed Invest.

Equity Crowdfunding (ECF).

FireShot Capture 338 – pitchIN – The Home of Crowdfunding – pitchin.my

ECF merupakan platform crowdfunding bagi sesebuah syarikat yang memerlukan dana. Selain IPO, crowdfunding juga dilihat satu inisiatif yang relevan untuk pelabur yang ingin membeli syarikat startup yang berpotensi pada modal yang minimum.

Antara ECF yang mendapat lesen dari BNM ialah PitchIn. Anda boleh buka akaun dah cuba godek sahaja terlebih dahulu.

– Menjadi “Angel Investor” dalam syarikat startup.

Dunia semakin maju dengan teknologi hari ini. Apa kata anda sebagai orang awam turut serta melibatkan diri. Mudah sahaja, follow DevHub sebuah komuniti teknologi yang terbesar di Malaysia. Kebanyakkan syarikat startup berada di situ dan anda bisa merisik terlebih dahulu.

– Mencuba instrumen komoditi lain seperti emas.

hellogold

Seperti ramai sedia maklum, emas juga merupakan salah satu instrumen lain yang boleh digunakan untuk pelaburan. Di Malaysia, kita mempunyai satu platform yang mudah seperti HelloGold untuk lakukan pelaburan emas dengan modal yang sangat rendah.

Akhir sekali, risiko pelaburan bergantung atas diri anda sendiri. Jadi ASB masih lagi pelaburan yang baik tetapi kita sebagai pelabur pasif harusnya berfikiran secara relevan dan tidak meletakkan harapan setinggi gunung. Akan tetapi jika pulangan pelaburan ASB kurang dari jumlah bayaran financing, bolehlah anda berfikir untuk terminate. Tiada pelaburan yang sempurna.

Sekadar cadangan bagi mereka inginkan alternatif dalam pelaburan. Moga artikel ini memberikan manfaat perkongsian kepada anda. Untuk lebih info, boleh baca lebih banyak perkongsian InvestorMY dengan klik di sini.

Baca juga beberapa artikel lain berkenaan pelaburan yang kami telah siarkan.

ASB Umum Dividen 5.5 Peratus, Agihan Terendah Sejak 1990

Kenapa FashionValet Masih Rugi Walaupun Menerima Pelaburan Besar

 

Anda Mungkin Suka