Sejak dibuka kembali kepada pelancong pada Oktober lalu, Pulau Boracay tidak lekang dengan masalah sampah sarap serta sikap pelancong yang tidak endah dengan undang-undang persekitaran.

Terbaru, sebahagian Pulau Boracay sekali lagi ditutup secara sementara berikutan masalah pelancong dari China yang mengundang masalah dengan menanam pampers yang dipenuhi najis di persisiran pantai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/yannimiraflores/status/1161194281199009792

Melalui rakaman yang dapat dilihat, didapati seorang wanita berbaju merah telah menanam pampers anaknya yang dipenuhi najis dengan pasir yang berada di pantai.

Bukan sekadar menanam pampers yang dipakai, mereka turut membersihkan najis dan punggung bayi menggunakan air pantai yang digunakan orang ramai untuk bermandi-manda.

https://twitter.com/yannimiraflores/status/1161270499738976258

Berdasarkan perkongsian individu yang merakam tindakan pelancong China ini, difahamkan orang ramai sudahpun menegur tindakan pelancong ini namun mereka memilih untuk tidak mengendahkannya serta menanam pampers dibawah timbunan pasir.

Berikutan tindakan yang dilakukan pelancong China tersebut, sebahagian Pulau Boracay bakal ditutup secara selama 48 hingga 72 jam bagi membersihkan semula kawasan sekitar. Para pelancong pula tidak dibenarkan berenang atau berada di sekitar kawasan yang ditutup sehingga diberitahu semula.