Baru saja dibuka selepas ditutup selama 6 bulan untuk tujuan pembersihan, pulau Boracay kembali dicemari dengan sampah yang dibuang oleh pelancong setakat hari pertama pembukaan semula pulau ini.

Dilaporkan sampah sarap mula ditemui di pesisir pantai telah memburukkan pandangan indah dan mendatangkan kemarahan penduduk setempat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/Bpi0P6xA-_a/

Terbaharu menerusi perkongsian gambar oleh pihak Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina (DENR) di akaun Twitter menunjukkan pihak tersebut agak kecewa dengan penemuan sampah di stesen 1 Boracay. DENR turut mengemukakan pertanyaan seakan-akan menempelak sikap pelancong, adakah ini #responsibletourism?

Pihak tersebut yang nyata berasa kesal terus memuat naik satu lagi tweet yang mengharapkan agar pelancong mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengurus atau membuang sampah sendiri dan mengamalkan sikap tersebut dalam kehidupan seharian.

Jika anda atau kenalan terdekat bakal ke Pulau Boracay dalam masa terdekat, jadikan teguran ini sebagai peringatan kepada diri anda dan jagalah kebersihan setiap tempat yang anda lawati.