Pulau Boracay, Filipina yng terkenal dengan air yang membiru menjadi salah satu tumpuan pelancong disahkan bakal tutup selama enam bulan kepada para pelancong akibat pencemaran yang semakin menjadi-jadi yang menyebabkan keadaan bau air di pulau tersebut semakin tidak menyenangkan seakan bau najis.

20180322-boracay-sewer-mzs-1

Pengumuman penutupan pulau ini disampaikan sendiri oleh jurucakap Presiden Rodrigo Duterte yang mengesahkan penutupan pulau tersebut yang akan bermula pada 26 April ini.

Penutupan pulau ini diakibatkan oleh pembuangan sampah dan pengaliran sisa dari kediaman dan bangunan komersil yang tidak mempunyai permit pelepasan.

Terdapat beberapa pihak yang tidak setuju dengan penutupan Pulau Boracay dan bimbang akan menjejaskan ekonomi pekerja yang mencari rezeki di kawasan tersebut.

Kepada anda yang sedang merancang untuk ke pulau tersebut pada bulan hadapan dan seterusnya, ada baiknya jika anda mencari alternatif atau lokasi lain untuk melancong.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤