Nampaknya teka-teki tarikh penutupan Pulau Komodo kini terjawab. Pulau Komodo bakal ditutup menjelang tahun 2020 selama setahun menurut agensi perlancongan Nusa Tenggara Timur.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Komodo merupakan antara 12 tempat tumpuan pelancong terbesar di Indonesia. Penutupan tempat tersebut berikutan populasi biawak komodo semakin berkurangan.

Iskarnival 2019 Cover
HYPE
Mengapa Anda Perlu Terjah Acara Epik Iskarnival Eko 2019 Hujung Minggu Ini
Baca lagi →

Penutupan tersebut adalah untuk memberi ruang kepada kerja-kerja pemulihan dan memastikan keindahan semula jadi tempat tersebut terpelihara. Hal tersebut juga dipersetujui oleh Presiden Indonesia, Joko Widodo setelah beliau melawat tempat tersebut.

Kos pemulihan dianggarkan menelan belanja sebanyak 100 bilion rupiah (~RM29,524,390). Walau bagaimanapun, rancangan untuk penutupan tersebut ditentang oleh penduduk setempat.

Pastinya penutupan ini akan dapat memelihara persekitaran dan perkembangan populasi biawak komodo ini. Jika tiada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, dalam satu tempoh akan datang, pastinya populasi biawak komodo ini akan pupus.

Baca lagi: Taman Nasional Komodo Di Indonesia Bakal Ditutup Selama Setahun

Anda Mungkin Suka