Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Anda mesti pernah dengar tentang Pulau Kucing atau nama sebenarnya Pulau Aoshima di Jepun bukan? Kebanyakkan peminat kucing pastinya teringin untuk pergi ke Pulau Aoshima itu namun masih belum berkesempatan gara-gara kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Kini, buat peminat kucing di luar sana, anda tidak perlu terbang jauh sampai ke Jepun kerana di Malaysia juga mempunyai Pulau Kucing tersendiri yang terletak di Pulau Keladi, Pahang.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Sumber: Facebook Meow island – Dato’ Shamsiah Cat Shelter Park

Pulau tersebut dikenali sebagai Meow Island yang ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Tengku Lokman Nadzira Tengku Husin, atau lebih mesra dipanggil sebagai Ayah Engku. Dengan keluasan tanah sebanyak 4 hektar, kucing-kucing yang ditempatkan di sini dibiarkan bebas dan tidak dikurung.

Sumber: Facebook Meow island – Dato’ Shamsiah Cat Shelter Park

Menurut Ayah Engku, dia perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM7, 000 sebulan untuk hanya memberi makan dan rawatan kepada kucing-kucing tersebut.

Beliau bermula dengan hanya menjaga kucing terbiar di sekitar kawasan rumahnya sahaja. Namun, beliau merasakan perkara tersebut tidak mencukupi baginya lalu membuat permohonan kepada kerajaan negeri untuk meminta tanah yang lebih luas dan menukarnya menjadi ‘syurga’ kucing seperti yang dapat dilihat sekarang ini.

Menurut beliau lagi, beliau lebih memfokuskan kepada kucing-kucing sakit atau yang terbiar untuk diselamatkan. Pulau Kucing tersebut bukan sahaja didiami oleh kucing-kucing malah terdapat juga haiwan lain seperti anjing dan kambing.

Sumber: Facebook Meow island – Dato’ Shamsiah Cat Shelter Park

Pulau tersebut bergantung sepenuhnya kepada derma atau bantuan daripada orang ramai. Beliau membangunkan tempat tersebut bersama sukarelawan yang kadang kala datang membantunya.

Sumber: Facebook Meow island – Dato’ Shamsiah Cat Shelter Park

Semua kucing yang terdapat di pulau itu terbuka untuk adoption,  di mana kucing tersebut boleh diambil dan dijaga untuk mereka yang berminat. Namun, Ayah Engku akan memastikan terlebih dahulu samada mereka layak untuk menjaga kucing-kucing tersebut atau tidak.

Bagi mereka yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Meow Island ini atau yang ingin memberi sumbangan kepada Ayah Engku, anda boleh pergi ke laman Facebook mereka untuk berbuat demikian.

Dikepilkan beberapa artikel berkaitan kucing jalanan yang mungkin menarik perhatian anda. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kekurangan Makanan, Pulau Kucing Ini Dibantu Rakyat Jepun Melalui Twitter

3 Lokasi Di Jepun Ini Dihuni Haiwan Comel Dan Jinak. Ramai Tak Tahu #3

Hotel Di Jepun Tampil Kelainan Sediakan ‘View’ Kucing Comel Buat Pelanggannya

Anda Mungkin Suka