Pelancong-pelancong dari luar negara termasuk Malaysia pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk singgah dan melawat Pulau Nami sekiranya mereka pergi melancong ke Korea bersama kawan-kawan mahupun keluarga.

Boleh dikatakan hampir kesemua pelancong yang datang bakal memilih untuk bersiar-siar di Pulau Nami sebagai lokasi wajib untuk dikunjungi di Korea. Pada awalnya, pelancong dari Malaysia mengunjungi pulau ini dek kerana pengaruh yang kuat melalui drama Korea iaitu Winter Sonata namun itu bukanlah sebab utama Pulau Nami menjadi tumpuan orang ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
nami-island11
SUMBER: SYAZA.TRAVEL

Ada apa dengan Pulau Nami

Pulau Nami atau nama tempatannya ‘Namisoem’ merupakan pulau kecil yang berbentuk bulan separa dan terletak di sebatang sungai. Pulau ini terletak di daerah Chunchoen dan memang tidak dinafikan bahawa pulau ini teramat cantik sehingga sentiasa menjadi tumpuan pelancong yang datang.

Apa yang menarik minat pelancong untuk ke pulau tersebut adalah pesona pulau itu sendiri yang seperti lukisan alam yang mempersonakan. Pulau Nami juga mempunyai pesona keajaiban yang jelas iaitu suasana yang mempunyai 4 musim. Setiap musim yang berubah-ubah bakal memperlihatkan kecantikan Pulau Nami yang luar biasa mengikut musim tertentu.

nami-island

20160322_145704
Musim Bunga Di Pulau Nami

Sebagai contoh, musim bunga bakal menjanjikan anda dengan keindahan bunga-bunga yang sedang berkembang, panorama yang indah sekali. Manakala, pada musim panas pula anda bakal melihat keindahan pepohon yang menghijau yang pastinya dapat menggamit keindahan pada pandangan anda.

Lain pula ceritanya apabila anda mengunjungi pulau tersebut pada musim luruh dan musim sejuk. Anda bakal merasai suasana yang megah dan romantis untuk dinikmati bersama yang tersayang, dimana keindahan pulau ini boleh dikatakan sama dengan babak-babak romantis yang ada dalam setiap drama romantis seperti Winter Sonata.

TransportasiPulangPergiuntukNamiIsland(dariSeoul)

r48wi38zzgus95qarifv
Musim panas di Pulau Nami. Sumber: Klook

DSC01791

Nami-Island-in-Autumn-gold
Musim luruh di Pulau Nami. Sumber: gogobudgettravel
koreatraveleasy-2017-winter-main-nami-island
Musim sejuk di Pulau Nami. Sumber: KoreaTravelEasy

Selain pemandangan yang cantik, Pulau Nami juga mempunyai banyak-banyak aktiviti yang menarik yang boleh dicuba oleh pelancong-pelancong yang mengunjungi pulau tersebut.

1-Zipwire

2-Berbasikal

9-Bilik-Yusof-Gajah-1

9-Bilik-Yusof-Gajah-2
Bilik Yusof Gajah
10-Galeri-dan-persembahan
Galeri Dan Persembahan Seni

Buat anda yang berminat dengan kebudayaan serta ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai keindahan Korea, Pulau Nami sudah pastinya antara lokasi wajib untuk dikunjungi.

Difahamkan terdapat para pelancong yang sanggup ke Pulau Nami sehingga empat kali untuk merasai pengalaman bersiar-siar di Pulau Nami pada empat musim yang berbeza.