Nampaknya setelah larangan merokok di premis kedai makan dilaksanakan, kerajaan Pulau Pinang melihat ia sebagai satu peluang untuk menjadikan negeri itu bebas asap rokok dalam tempoh masa 5 tahun akan datang.

Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat awam amnya yang tinggal di Pulau Pinang. Malah, perancangan ini merupakan antara Program Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (Penbar) yang bertujuan untuk melindungi penduduk daripada bahaya asap rokok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Pulau Pinang Dr Afif Bahardin berkata inisiatif ke arah Penbar ini telah pun bermula melalui pewartaan enam taman rekreasi awam di negeri Pulau Pinang sebagai kawasan larangan merokok sejak 2012 iaitu di Empangan Air Itam, Taman Perbandaran, Taman Botani, Empangan Teluk Bahang, Taman Bandar Ampang Jajar dan Empangan Mengkuang.

Untuk pengetahuan anda, Georgetown juga telah diwartakan Tapak Warisan Dunia dimana merupakan kawasan larangan merokok bermula dari 4 Julai 2015. Mungkin usaha kerajaan Pulau Pinang boleh berjaya dengan sedikit bantuan CCTV yang dipasang di sekitar Pulau Pinang mengesan mereka yang merokok di tempat awam kelak.