Rasanya memang layak jika Pulau Pinang disenaraikan di tempat ke-2 dunia dalam senarai ‘tempat paling baik untuk bersara’ oleh majalah antarabangsa Conde Nast Traveller.

Pulau Pinang merupakan satu-satunya destinasi dari Asia yang disenaraikan oleh majalah ini. Antara faktor yang menarik perhatian majalah ini untuk memasukkan Pulau Pinang dalam senarai itu adalah kerana faktor pantai, seni, makanan tempatan, budaya dan perkhidmatan yang bagus di pulau itu.

'Little Children on a Bicycle' oleh Ernest Zacharevi
‘Little Children on a Bicycle’ oleh Ernest Zacharevi

Menurut artikel yang ditulis oleh Cynthia Drescher itu, pelancong boleh membuat permohonan visa 10 tahun dalam program ‘Malaysia My Second Home’. Antara faktor lain adalah Pulau Pinang menjadi pilihan adalah ianya sangat strategik kerana pulau itu di tengah-tengah antara Langkawi, Kuala Lumpur dan Singapura.

George Town yang merupakan tempat bersejarah di bawah Unesco menambah lagi keihdahan pulau itu di mata Conde Nast Traveller. Untuk senarai bandar yang lain, boleh lihat di sini.

Pelancong mana yang tidak mahu duduk lama di Pulau Pinang. Sekali pekena nasi kandaq, tahun depan depa mai lagi.

nasi kandaq