Syarikat telekomunikasi YTL baru-baru ini telah melancarkan sesi percubaan internet berkelajuan tinggi milik Facebook yang pertama dikenali sebagai Terragraph. Menariknya, Malaysia terpilih sebagai negara pertama yang akan menerima akses internet ini, lebih spesifiknya di Pulau Pinang.

Menurut Facebook, pemilihan bandar Georgetown sebagai lokasi pertama pemasangan router Terragraph adalah sangat bertepatan dengan kajian warisan yang dijalankan oleh UNESCO yang memilih Georgetown sebagai bandar perintis. Terragraph ialah wireless high speed internet yang memfokuskan kepada penambahbaikan kualiti dan kelajuan penggunaan internet di kawasan bandar yang padat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini 4 sektor nodes kecil berskala 60Hz telah di pasang di tiang-tiang lampu dan bangunan sedia ada sebagai access point. Kelajuan internet yang ditawarkan Terragraph pula adalah sekitar 1.3Gbps (downloads) dan 1.8Gbps (uploads).

20190219-FB-Terragraph-Nodes
sumber: Business Insider Malaysia

Menurut YTL, percubaan sambungan internet ini akan bermula pada 1 Mac ini dan akan terus dibawah pengawasan untuk 6 bulan seterusnya bagi memastikan kelancaran kualiti sambungan.