Pastinya anda pernah melihat di filem seperti James Bond yang mengesan penjenayah menggunakan sistem pengecaman wajah melalui CCTV, kini Pulau Pinang tampil menjadi negeri pertama yang menggunakan sistem pengecaman wajah.

Malah, penggunaan teknologi ini akan dapat mengurangkan kadar jenayah yang berlaku dan memudahkan pihak berkuasa untuk mengecam penjenayah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Setakat ini, sebanyak 767 kamera telah dipasang di sekitar Pulau Pinang dan dijangkakan akan dipasang sehingga 3,000 kamera bagi membolehkan keberkesanan secara menyeluruh.

Pihak polis akan menerima notifikasi kedudukan penjenayah apabila perisian pengecaman wajah berjaya mencari menerusi CCTV dan memudahkan pihak polis untuk menangkap penjenayah.

Ini merupakan satu usaha yang baik bagi melahirkan satu komuniti yang selamat untuk penduduk di Pulau Pinang.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber