Setelah banyak diimplemen di beberapa buah pulau serata negara termasuk Pulau Komodo baru-baru ini, Pulau Sipadan nampaknya bakal mengikuti langkah yang sama dimana pulau di Sabah ini bakal ditutup sepanjang Disember setiap tahun bermula 2020.

Tujuan penutupan sementara pulau ini dibuat bagi menjaga dan memelihara kehidupan laut dan ekosistem Pulau Sipadan berdasarkan cadangan daripada para penyelam sekitar pulau tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
IMG_0839n
Sumber: Venus Bridal Selection

Menurut Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Datuk Christina Liew, bulan Disember dipilih berikutan kehadiran pelancong yang rendah berbanding bulan-bulan yang lain.

Pastinya penutupan ini akan dapat memelihara persekitaran dan perkembangan populasi terumbu karang serta hidupan ini. Jika tiada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, dalam satu tempoh akan datang pastinya ekosistem pulau ini akan mengalami masalah.