Mungkin ada yang belum tahu kewujudan sebuah pulau yang tak kurang dari segi tarikannya, dan lokasinya pula berhampiran Pulau Langkawi, iaitu Pulau Tuba.

Jika anda inginkan suasana lebih aman, pulau ini boleh dijadikan pilihan untuk week end getaway sepertimana dilakukan oleh Zaidi Hassan dan isteri beliau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk ke pulau ini ada 2 pilihan jeti iaitu melalui Jeti Pelancongan Pekan Rabu Langkawi atau Jeti Marble Langkawi.

Perjalanan menaiki bot hanya mengambil masa antara 10 ke 15 minit. Dari segi penginapan pula anda boleh menginap di Tuba Beach Resort. Harga bilik dari RM160 hingga RM220 satu malam.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah memancing, berkelah, dan menaiki ATV sambil bersiar-siar di pulau ini.

Untuk makan pula, ada gerai-gerai jualan makanan yang diusahakan oleh penduduk kampung.

Menurut Zaidi pulau ini kecil saja. Jika tak singgah bergambar di mana-mana, dalam 2 ke 3 jam dah habis pusing satu pulau. Bagi ibubapa, cuti sekolah nanti bolehlah bawa anak-anak berehat di sini sekejap.

pulau-tuba-1

pulau-tuba-2

pulau-tuba-3

pulau-tuba-4

pulau-tuba-5

pulau-tuba-6

pulau-tuba-7

pulau-tuba-8

pulau-tuba-9

 

Baca lagi: Percutian Awesome Kami Di Sebuah Pulau Yang Jarang Dikunjungi Rakyat Malaysia