Pihak polis telah menemukan puluhan mayat yang dibiarkan di dalam lori tanpa pendingin di luar rumah mayat di Brooklyn.  New York Times melaporkan bahawa puluhan mayat itu turut dibaringkan di atas lantai di sebuah premis pada Rabu lalu.

Antara 40 hingga 60 mayat dikumpulkan di dalam lori di luar Andrew Cleckley Funeral Services di Flatlands, mayat tersebut juga ada yang dibiarkan di atas lantai bangunan setelah penduduk sekitar melaporkan bau busuk, menurut keterangan sumber.

Mayat-mayat itu dikumpulkan di atas satu sama lain. Cairan yang keluar dari dalam pembungkus mayat menjadikan bau yang tidak sedap dan menyebabkan penduduk disekitar kawasan terbabit terpaksa memanggil polis.

27822980-8271735-image-a-21_1588218995583
Daily Mail

John DiPietro seorang pemilik salah sebuah kedai di sana mengatakan bahawa  mayat tersebut telah disimpan di dalam trak itu sekurang-kurangnya berminggu-minggu sejak COVID-19 menyerang AS dengan teruk.

“Anda tidak menghormati orang mati dengan cara itu. Mungkin ayah saya, saudara saya,” katanya. “Anda tidak melakukan hal itu kepada orang mati.”

Rumah mayat memberitahu bahawa mayat-mayat itu seharusnya dihantar ke tempat membakar mayat, tetapi ia tidak dibawa. Mayat itu mula disimpan di dalam trak setelah peti sejuk milik rumah mayat tidak berfungsi dengan baik, kata seorang pegawai tanpa nama kepada New York Times.

27822992-8271735-image-a-23_1588219370414
Daily Mail

Pemilik inventori Pemco, pembekal peralatan dapur berhampiran rumah mayat, menyebut keadaan itu sebagai bencana, “Mereka menyimpan mayat di dalam trak,” kata pemilik Pemco.

“Di satu sisi manusia mati akibat virus COVID-19, di sisi lain manusia yang mati diperlakukan tidak berperikemanusiaan.”

Untuk rekod, Amerika Syarikat mencatatkan lebih 1 juta pesakit COVID-19, manakala 60,000 kematian telah dicatatkan di sana.

Untuk bacaan lanjut mengenai situasi COVID-19 di beberapa negara, klik pautan bawah.

Wanita Yang ‘Disahkan’ Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Hidup Kembali

Kemurungan Akibat ‘Lockdown’, Lelaki Ini Campak Isterinya Dari Tingkat 7