Mahkamah di Arab Saudi menjatuhkan pelbagai hukuman termasuk penjara selama 22 tahun ke atas warganegara Palestin dan Jordan yang tinggal di negara tersebut. Mereka didakwa atas tuduhan menyokong Hamas dan kumpulan penentang Palestin yang lain. Dilaporkan oleh Middle East Monitor, Arab Saudi telah mengumpulkan kesemua  warganegara Palestin dan Jordan di Riyadh untuk dijatuhkan hukuman.

Salah seorang rakyat Palestin yang dijatuhkan hukuman penjara adalah Mohammed al-Khodari, wakil Hamas ke Riyadh. Menurut sumber di Arab Saudi, dia dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara. Menurut sumber keluarga, anak al-Khodari pula, Hani dijatuhkan hukuman tiga tahun penjara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anggota Biro Politik Hamas di Gaza Mahmoud al-Zahar mengatakan keputusan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman terhadap para penyokong mereka adalah sesuatu yang “tidak dijangka”. Bagi beliau, keputusan yang diambil mahkamah Arab Saudi itu seolah-olah berhubung kait dengan apa yang diperintah oleh Zionis.

Organisasi Arab untuk Hak Asasi Manusia di UK (AOHR UK) mengecam keputusan itu. Apa yang dibimbangkan oleh mereka adalah pengadilan yang tidak adil dan mempunyai unsur politik untuk menekan warga Palestin. “Keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah Arab Saudi seolah menyokong sekatan ketat yang dikenakan terhadap rakyat Palestin dan bertujuan untuk mengakhiri perjuangan mereka,” kata kumpulan hak asasi itu.

AOHR UK juga menunjukkan bahawa mahkamah Arab Saudi tidak memiliki dasar undang-undag yang jelas, terutamanya kerana semua tahanan adalah penduduk Arab Saudi dengan izin tinggal yang sah, dan tidak ada daripada mereka yang melanggar undang-undang Arab Saudi.

Al-Khodari, 82, dan Hani telah ditahan di Arab Saudi sejak awal 2019. Dia menghidap barah prostat dan memerlukan rawatan perubatan tetapi tidak diberikan kepadanya di oleh kerajaan Arab Saudi.

Pada bulan April, pasukan keselamatan menyerbu rumahnya dan menyoal siasat isterinya yang berusia 70 tahun. Kerajaan Arab Saudi turut memaksa isterinya menandatangani perjanjian yang menghalangnya untuk bercakap mengenai situasi suaminya kepada media.

Amnesty International  dalam kenyataan mereka telah meminta raja Saudi untuk memastikan bahawa “tuduhan tidak berasas” terhadap al-Khudairi dan puteranya digugurkan dan mereka dibebaskan. Hamas pula mengutuk hukuman yang dikenakan kepada pendukung kumpulan tersebut.

Pekerja yahudi di Google desak CEO sokong Palestin, kutuk kekejaman Israel. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pekerja Yahudi Di Google Desak CEO Sokong Palestin, Kutuk Kekejaman Israel

Serang Model Palestin Di Media Sosial, Kenyataan Ketua Pereka Zara Ini Cetus Kemarahan Netizen

Disahkan Keturunan Diraja Palestin, Ayah Bella Hadid Dedah Pernah Dilayan Kejam Oleh Yahudi Israel