Apabila pengeluar kelengkapan pakaian sukan berkerjasama dengan syarikat sukan permotoran, maka terhasilah sebuah kasut track & field spike yang paling ringan yang dapat membantu atlet perform lebih baik dalam sukan masing-masing.

PUMA bekerjasama dengan Mercedes AMG Petronas F1 untuk menghasilkan dua pasang kasut, EVOSPEED TOKYO FUTURE FASTER+ dan EVOSPEED TOKYO FUTURE NITRO FASTER+ yang dibuat dengan menggunakan insight kejuruteraan yang ada dalam dunia automotif dan Formula 1.

“Untuk membuat kasut spikes yang terbaik yang mematuhi peraturan untuk atlet kami, kami telah menghubungkan jurutera Mercedes AGM Petronas F1 dengan wakil terbaik dari kami.

“Dengan input dari atlet dan jurulatih mereka, pasukan kami berjaya membuat kasut spike terbaik yang PUMA pernah hasilkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PUMA, Bjørn Gulden.

Antara atlet-atlet yang berkerjasama dalam membangunkan kasut ini ialah Karsten Warholm, pemegang Rekod Dunia, Juara Dunia dan Juara Eropah untuk acara lari berpagar dari Norway. Seorang lagi atlet yang terlibat adalah André De Grasse selaku pelari pecut dari Kanada yang merupakan pemenang pingat perak Olimpik.

vocket-puma-mercedes-amg-petronas-1
Sumber Gambar: PUMA
vocket-puma-mercedes-amg-petronas-2
Sumber Gambar: PUMA

Kasut EVOSPEED TOKYO FUTURE FASTER+ yang seberat 135 gram ini direka bersama Pemegang Rekod Dunia acara lari berpagar, Karsten Warholm dan jurulatihnya, Leif Olav Alnes.

Pada bahagian atas spike, ia menggunakan material yang diperbuat daripada carbon fibre. Untuk bahagian sole pula, ia mempunyai plat karbon yang direka oleh Mercedes AMG Petronas menggunakan pin titanium.

“Apa yang penting bagi saya ialah saya dapat berlari menggunakan bahagian depan tapak kaki. Inilah sebabnya kenapa anda perlukan plat carbon fibre untuk mendorong anda ke arah yang betul.

“Jadi semasa anda mendarat, plat itu dibengkokkan dengan arah yang betul dan mengembalikan semula tenaga yang membantu saya berlari lebih pantas,” terang Karsten.

vocket-puma-mercedes-amg-petronas-4
Sumber Gambar: Puma
vocket-puma-mercedes-amg-petronas-3
Sumber Gambar: Puma

Kasut EVOSPEED TOKYO FUTURE NITRO FASTER+ pula telah direka khas bagi memenuhi keperluan pelari pecut Kanada 100m dan 200m, Andre De Grasse. PUMA telah menggabungkan NITRO Foam dengan rekaan plat karbon Mercedes AMG Petronas ke dalam rekaan kasut ini hanya seberat 199 gram bagi menambahkan kesan rebound.

“Saya percaya kerjasama antara antara PUMA dan Mercedes AMG Petronas F1 sangat baik untuk kedua-dua jenama tersebut. Saya rasa cool kerana kasut spike saya mempunyai carbon fibre yang sama digunakan pada kereta Lewis Hamilton pandu dalam acara perlumbaan F1,” terang Andre.

vocket-puma-mercedes-amg-petronas-5
Sumber Gambar: Puma
vocket-puma-mercedes-amg-petronas-6
Sumber Gambar: Puma

Program FASTER+ merupakan sebahagian daripada kempen PUMA — Only See Great yang dilancarkan pada musim bunga 2021 untuk menyampaikan semangat optimisme, harapan dan keyakinan diri setelah menghadapi tahun yang sukar dalam arena persukanan.

Klik pautan di bawah untuk baca ulasan PUMA Deviate Nitro yang kami terima pada bulan Februari lalu.

Puma Deviate Nitro, Kasut Yang Bakal Cipta Kejutan Dalam Dunia ‘Running’

Mengapa Neymar Sanggup Tinggalkan Nike Untuk Jadi Duta Baharu Puma

Sumber