Jenama sukan ternama dunia, PUMA secara rasminya telah memperlihatkan koleksi pakaian santai dan bergaya untuk menjadikan sambutan Hari Raya anda tahun ini lebih istimewa.

Julung kalinya diperkenalkan oleh jenama ini di benua Asia Tenggara, PUMA Hari Raya Collection akan tersedia di cawangan kedai PUMA mulai 17 Mac 2023.

Baca Juga:

Koleksi serba eksklusif merupakan sebahagian daripada kempen Memori Aidilfitri oleh PUMA yang menggabungkan unsur rekaan Raya berciri ranggi dan klasik. Bukan itu sahaja, koleksi ini juga mengetengahkan gubahan yang versatil selain mudah untuk digayakan.

PUMA Malaysia

Koleksi PUMA Hari Raya menampilkan pelbagai gubahan yang tampak sederhana, namun bergaya buat golongan lelaki dan juga wanita, dengan mengutamakan keselesaan tanpa mengkompromikan gaya.

Persalinan yang tidak ketat merupakan elemen signature koleksi ini, memastikan pemakainya dapat menikmati keselesaan dan bergaya semasa sambutan Hari Raya.

Di samping itu, kombinasi warna koleksi antara hitam klasik dan pelbagai warna berciri pastel memberikan pemakai lebih banyak kebebasan untuk menggayakan busana mereka.

Kokeksi PUMA Hari Raya ini sudah boleh didapati di butik PUMA.

Menerusi aktiviti tersebut, peserta dapat memilih sekeping Raya Reward Card, dan di belakang kad tersebut akan terdapat ucapan Hari Raya berserta hadiah menarik yang boleh dimenangi, antaranya baucar beli- belah dan juga barangan PUMA.

Koleksi PUMA Hari Raya kini boleh didapati di semua cawangan PUMA, dengan harga dalam lingkungan RM 199 – RM 399. Dari 17 Mac hingga 21 April, pelanggan yang membeli mana-mana item daripada Koleksi PUMA Hari Raya di butik akan layak untuk mengambil bahagian dalam ‘Shop Raya & Get Rewarded’*.

*Pembelian di butik sahaja, sehingga stok masih ada. Tertakluk kepada terma & syarat.